Privacy Policy

Entropik Technologies memberikan keutamaan kepada perlindungan data dan privasi

Dalam Polisi Privasi ini, “EntropikTech” atau 'Entropik Technologies' atau 'AffectLab' atau 'Chromo' atau “Kami” atau “Kita” atau “kami” merujuk kepada semua laman web (termasuk tetapi tidak terhad kepada https://www.entropiktech.com https://affectlab.io https://www.chromo.io dan semua domain-sub dan domain yang berkaitan) beserta dengan produk dan perkhidmatan yang dimiliki atau dikendalikan oleh Entropik Technologies dan anak syarikatnya. Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana dan bila Entropik Technologies mengumpul maklumat pengguna dan pengguna akhir, yang mungkin termasuk maklumat yang mengenal pasti anda secara peribadi (“Maklumat Pengenalan Peribadi”), cara kami menggunakan maklumat tersebut dan keadaan di mana kami mungkin mendedahkan maklumat tersebut kepada orang lain . Dasar ini terpakai kepada pengguna yang melawati Laman Web Entropik Technologies; mendaftar ke platform Entropik Technologies SaaS; atau menggunakan salah satu perkhidmatan Entropik Technologies (termasuk mengambil bahagian dalam am eeg, pengekodan muka, pengesanan sentuhan, penjejakan mata atau kajian tinjauan) Kami menghormati privasi maklumat. Sila ambil perhatian bahawa Dasar Privasi ini tidak meliputi amalan Pelanggan atau Rakan Kongsi Yang Diluluskan Entropik Technologies yang mungkin menggunakan perkhidmatan Entropik Technologies. Untuk mendapatkan maklumat tentang amalan privasi pihak ketiga, sila rujuk dasar privasi mereka.

Informasi yang kami kumpul dan bagaimana kami menggunakannya

Maklumat Hubungan: Anda mungkin boleh memberikan kami maklubmat hubungan anda, sama ada melalui penggunaan perkhidmatan kami, borang di laman web kami, interaksi dengan pasukan jualan dan sokongan kami, atau maklum balas daripada kajian Entropik Technologies.

Maklumat penggunaan: Kami mengumpul maklumat penggunaan tentang anda termasuk laman web yang anda lawati, perkara yang anda klik, tindakan yang anda lakukan, melalui alatan seperti Google Analitik atau alatan lain apabila anda berinteraksi dengan laman web dan/atau perkhidmatan kami.

Peranti dan data pelayar: Kami mengumpul maklumat daripada peranti dan aplikasi yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan kami. Data peranti bermaksud alamat IP anda, versi sistem operasi, jenis peranti, maklumat sistem dan prestasi, dan jenis pelayar.

Data Log: Seperti kebanyakan laman web hari ini, pelayan web kami menyimpan fail log yang merekod data setiap kali peranti mengakses pelayan tersebut. Fail log mengandungi data tentang perihal setiap akses, termasuk asal alamat IP, pembekal perkhidmatan internet, sumber dilihat pada tapak kami (seperti halaman HTML, imej, dsb), versi sistem operasi, jenis peranti dan masa.

Maklumat rujukan: Jika anda tiba di laman web Entropik Technologies daripada sumber luaran (seperti pautan pada laman web lain atau dalam emel), kami merekod maklumat tentang sumber yang merujuk anda kepada kami.

Maklumat daripada pihak ketiga dan rakan kongsi integrasi: Kami mengumpul maklumat peribadi anda atau data daripada pihak ketiga jika anda memberi kebenaran kepada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi maklumat anda dengan kami atau jika anda telah membuat maklumat tersebut umum di atas talian.

Maklumat Tambahan yang Dikumpul daripada Pengguna Berdaftar

Maklumat akaun: Pendaftaran akaun diperlukan sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan Entropik Technologies (“Pengguna Berdaftar Entropik Technologies”). Apabila anda mendaftar untuk akaun, kami mengumpul nama pertama dan terakhir anda (bersama dipanggil nama penuh), nama pengguna, kata laluan dan alamat emel.

Maklumat bil: Jika anda membuat bayaran kepada Entropik Technologies, kami memerlukan maklumat bil anda, nama, alamat, alamat emel dan maklumat kewangan yang berkaitan dengan kaedah pembayaran yang telah anda pilih (cth. nombor kad kredit dan tarikh tamat atau nombor akaun bank dan maklumat yang diperlukan untuk memproses bil).

Maklumat yang Dikumpul daripada Peserta

Jika anda menyertai dalam Elektroencephalogram (EEG) dan/atau Penjejak Mata dan/atau pengkod Muka dan/atau kajian soal-selidik yang dikawal oleh Pengguna Berdaftar atau Tidak Berdaftar Entropik Technologies (“Peserta”) anda mungkin perlu memberikan akses kepada kamera web dan kebenaran untuk video muka anda direkod. Kebenaran jelas harus diberikan oleh anda untuk membolehkan kamera web mengumpul video muka anda. Kebenaran boleh ditarik balik pada bila- bila masa ketika sesi dengan membatal sesi. Video muka dianalisis oleh komputer kami untuk mengira jejak pandangan mata (beberapa koordinat x, y) dan algoritma pengkod muka untuk mengenalpasti emosi. Video ini tidak berkaitan dengan anda kecuali maklumat yang telah anda masukkan untuk terlibat dapat kajian ini (seperti jawapan kepada soal-selidik). Dengan menyertadi kajian AffectLab EEG, kami mengumpul gelombak otak anda menggunakan set kepala AffectLab atau rakan kongsi berkaitan untuk mengenalpasti parameter kognitif dan afektif.

Berapa lama maklumat ini disimpan

Kami menyimpan Maklumat Peribadi selama yang diperlukan untuk kajian kami dan perniagaan yang diperlukan oleh undang-undang atau pada permintaan Pengguna Berdaftar Entropik Technologies

atau anda. Apabila Maklumat Peribadi tidak lagi diperlukan, kami akan melupuskannya daripada sistem kami.

Video riak muka akan dilupus sepenuhnya dalam masa 30 hari selepas permintaan bertulis untuk melupuskan video dalam pasca soal-seldidik diberikan. Imej riak muka tidak berkait dengan sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenali dan hanya disimpan untuk memperbaiki ketepatan model AffectLab otau Entropik Technologies.

GDPR – Kunci Pengenalan Hak Peserta:

Walaupun Entropik Technologies memproses data pada permintaan pengawal data sebagai Peserta Berdaftar Entropik Technologies, kami mahu memastikan anda melaksanakan hak anda bawah GDPR.

Pada permulaan dan pengakhiran sesi kami memberikan Peserta kunci yang terikat kepada video muka anda atau data gelombang otak (walaupun selepas dilupus). Jika anda menghubungi kami dan memberikan kunci ini kami boleh menyemak status data video muka yang dikumpul. Entropik Technologies juga telah memberikan Pengguna Berdaftar Entropik Technologies dengan pelbagai peralatan untuk membantu mereka mengurus hak anda sebagai Peserta.

Penggunaan Kuki

Entropik Technologies mungkin akan menggunakan kuki pihak pertama (fail teks kecil yang disimpan dalam komputer anda melalui laman web Entropik Technologies kami, untuks alah satu tujuan berikut: untuk membantu mengenalpasti pelawat unik dan pelawat kembali dan/atau peranti; melaksanakan ujian A/B; dan mendiagnosis masalah pada pelayan kami. Pelayar tidak berkongsi kuki pihak-pertama antara domain. Entropik Technologies tidak menggunakan kaedah seperti cache pelayar, kuki Flash, atau eTag, untuk memperolehi atau menyimpan maklumat tentang pengguna terakhis atau aktiviti pelayaran web. Anda boleh menetapkan pilihan pelayar anda untuk menolak semua kuki jika anda ingin mencegah kuki daripada digunakan.

Pendedahan Maklumat kepada Pihak Ketiga Kami tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga selain daripada berikut.

Pembekal Perkhidmatan

Maklumat, termasuk Maklumat Pengguna Entropik Technologies User Information, dan sebarang Maklumat Pengenalan Peribadi yang disimpan, mungkin dikongsi dengan sesetengah syarikat pihak

ketiga dan individu yang boleh membantu memudahkan aspek teknikal dan pentadbiran Perkhidmatan Entropik Technologies (cth. komunikasi emel), atau melakukan fungsi berkaitan pentadbiran Entropik Technologies (cth. perkhidmatan hosting). Pihak-pihak ketiga ini melakukan tugasan bagi pihak kami dan bertanggungjawab secara kontrak untuk tidak mendedahkan atau menggunakan Maklumat Pengguna Entropik Technologies untuk tujuan lain, dan mengambil langkah-langkah keselamatan secukupnya untuk mencegah akses yang tidak dibenarkan kepada data. Tetapi, Entropik Technologies tidak bertanggungjawab jika Maklumat Pengenalan Peribadi didedahkan disebabkan oleh pelanggaran keselamatan oleh pihak ketiga tersebut.

Penguatkuasaan Undang-undang dan Proses Undang-undang

Entropik Technologies juga mempunyai hak untuk mendedahkan sebarang Maklumat Pengguna Klien (termasuk Maklumat Pengenalan Peribadi) untuk: (i) mematuhi undang-undang atau bertindak terhadap permintaan yang sah dan proses perundangan, prosiding kehakiman, atau perintah mahkamah (ii) untuk melindungi hak dan hartanah Entropik Technologies, agen kami, klien dan lain- lain termasuk untuk menguatkuasa perjanjian, polisi dan terma penggunaan kami atau (iii) ketika kecemasan untuk melindungan keselamatan peribadi Entropik Technologies, Kliennya, atau sebarang perseorangan.

Jualan Perniagaan

Jika Entropik Technologies, atau aset-asetnya, diperolehi oleh syarikat lain atau entiti pengganti, Maklumat Klien Entropik Technologies adalah salah satu aset yang dipindah atau diperolehi oleh pembeli atau pengganti. Anda akui bahawa perpindahan tersebut mungkin berlaku, dan sebarang pembeli atau pengganti kepada Entropik Technologies oatau asetnya mungkin terus mengumpul, mengguna dan mendedah maklumat yang diperolehi sebelum berlakunya perpindahan atau pemerolehan seperti yang tertera dalam polisi ini.

Keselamatan terhadap Maklumat Peribadi anda

The security of your personal information is important to us. We follow generally accepted industry standards to protect the personal information submitted to us, both during transmission and once we receive it. Examples of these include limited and password-protected access, high security public/private keys and SSL encryption to protect transmission. No method of transmission over the Internet, or method of electronic storage, is 100% secure, however. Therefore, we cannot guarantee its absolute security.

Peruntukan Khusus kepada Warganegara EU

Hak-hak Warganegara EU Di bawah GDPR

Jika anda warga Kesatuan Eropah anda mempunyai hak-hak berkaitan bagaimana orang lain mengendali maklumat peribadi anda. Hak-hak tersebut adalah:

  1. Hak untuk dimaklumkan bagaimana maklumat peribadi anda sedang digunakan
  2. Hak untuk mengakses maklumat peribadi anda dan bagaimana ia diproses.
  3. Hak untuk membetulkan maklumat peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap.
  4. Hak kepada pelupusan semua atau sebarang data peribadi anda.
  5. Hak untuk mengad pemprosesan, iaitu, hak untuk menghalang atau menekan pemprosesan data peribadi anda.
  6. Hak untuk mudah alih data – ini membolehkan individu mengekalkan dan menggunakan semula data peribadi mereka untuk tujuan mereka sendiri.
  7. Hak untuk membantah, dalam keadaan tertentu, untuk menggunakan data peribadi anda dengan cara yang berbeza daripada tujuan ia diberikan.
  8. Hak untuk menghalang pembuatan keputusan atau pemprofilan automatik berdasarkan data anda tanpa campur tangan manusia.

JIKA ANDA INGIN MELAKSANAKAN HAK INI, HUBUNGI KAMI DI GDPR@ENTROPIKTECH.COM

Perubahan pada Polisi Privasi

Entropik Technologies berhak untuk meminda atau mengubah suai Polisi Privasi ini dari masa ke semasa. Jika kami membuat perubahan penting atas cara kami mengumpul, menggunakan atau mendedahkan Maklumat Pengenalan Peribadi, kami akan memberitahu anda dengan menyiarkan pengumuman yang jelas dan menonjol di tapak web Entropik Technologies atau melalui komunikasi terus ke maklumat hubungan akaun Entropik Technologies anda seperti alamat emel anda .

Penggunaan dan pendedahan maklumat yang kami perolehi adalah tertakluk kepada: (1) Polisi Privasi yang berkuat kuasa pada masa maklumat tersebut dikumpulkan atau (2) sebarang Polisi Privasi berikutnya yang anda teleh menerima notis membina. Akses berterusan anda kepada atau penggunaan Entropik Technologies berikutan notis perubahan bahan kepada Polisi Privasi ini akan menjadi persetujuan kepada sebarang pindaan dan/atau pengubahsuaian.

Adakah anda mempunyai soalan atau komen?

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen tentang Dasar Privasi ini, sila hubungi kami melalui e-mel di info@entropiktech.com